Biar

Tanpa dia tahu dan betapa aku sedar aku sangat hebat menyimpan rasa ini. Derita aku, sakit aku silih berganti. Aku masih di sini menanti. Menunggu sesuatu yang belum pasti. Seolah yang aku kejar itu hanyalah ilusi. Dan sehingga hari ini. Luka ini yang membuat aku semakin matang. Mengenal manusia dengan mata hati. Sukar terima kebaikan manusia durjana. Aku biarkan sahaja lara ini mati sendiri. Aku biarkan rasa sayang ini berganti. Aku biar saja hati ini sembuh sendiri. Wahai jiwa akan ada bahagia buat kita. Wahai hati akan ada pemilikmu suatu hari nanti. Bukan hari ini ataupun esok. Mungkin suatu hari nantiyang sudah tertulis. Kalau bukan dia juga aku terima. Hingga waktu ini biarlah dia menghadiahkan luka ini kerana luka ini membantu untuk aku hidup sempurna.