Gundah Gulana

Aku takut
Ketika aku perlu sendiri
Akan ada bala menghampiri
Aku takut
Ketika aku perlu bikin keputusan sendiri
Keputusan aku akan memakan diriku sendiri
Aku takut
Ketika aku sedang berjanji
Akan ada hari di mana aku tak bisa tepati
Maka aku sering membiar manusia tiba
Menjadi peneman di kala aku perlu
Aku membiar manusia di sebelah aku membuat keputusan
Agar tiada yang akan menyalahkan aku kemudian hari
Dan sepanjang hidup aku
Aku tidak pernah mengutarakan sesuatu perkara sebagai janji
Kerna aku cukup tahu bagaimana sakitnya janji itu dimungkiri
Saat aku takut
Aku sedih dan sedang menggigil cuba bilang ke diri aku
Yang sendirian lebih bagus dan lebih tenang
Tapi aku tetap masih rasa takut
Kerana waktu itu tiada siapa yang aku bisa percaya dan bergantung
Tapi aku lupa Tuhan di atas sana sentiasa memantauku
Menjaga ketika aku sendiri dan berduka
Melindungiku dari bahaya dan manusia durjana
Ya Tuhan aku alpa saat aku gembira

Kerana aku manusia durjana aku masih takut akan perihnya bersendirian