Kisah Semalam



Aku ingin merasa sedih untuk diri sendiri kerana belum berubah dari mengejar pelangi yang sudah tentu aku tak mampu sentuh.
Aku terus mengekori pelangi itu sampai aku tak sedar yang aku terjatuh. Tak sangka ada duri yang perlahan menusuk masuk ke dalam tubuh.
Aku masih mengejar sementara aku sedang menadah darah. Dan aku masih mengejar sedangkan aku sedar pelangi itu hampir pudar warnanya.
Ada yang bilang ke aku untuk berhenti mengejar. Aku yang hanya memandang ku. Sedih. Mereka tak mampu berkata-kata.
Sama ada mereka tak tahu keadaan aku sebenar atau mereka tahu tapi mereka endahkan sakit aku kerana aku bukanlah diri mereka.
Dan akhirnya aku masih di sini. Sendu sendiri aku rawati. Aku masih memandang pelangi. Sukar untuk aku lepaskan ia pergi.
Tapi siapa aku ini. Tanpa aku juga pelangi masih cantik, dikagumi manusia, megah terbentang di atas langit. Siapa aku untuk dia tangisi.